Free Shipping in Malaysia for order RM120.

Cart

Your cart is currently empty.

Cermin Mata Anti Blue Light untuk Anak

Safer optics cermin mata anti blue light | Paling risau bila dedahkan anak dengan gadget. Risau takut mata anak jadi rabun dek kerana blue light yang ada pada gadget, walaupun umi sentiasa hadkan penggunaan gadget pada dia tetap ada kerisauan juga.

Ini yang biasanya kita risaukan bila selalu dedahkan anak kepada gadget. Sebenarnya bila kita dedahkan anak kita selalu dengan gadget ia akan menyebabkan sel-sel di mata anak kita menjadi rosak. Penyebabnya adalah Blue light yang ada di dalam screen gadget tersebut.

Mesti korang kurang arif kan pasal Blue light ni kan? Umi pun baru terbaca tentang apa itu blue light yang terdapat pada gadget dan kesannya terhadap mata.

Apa Itu Blue Light - Cahaya biru 420nm

APA ITU BLUE LIGHT

Blue Light adalah sinar biru yang dipancarkan dari skrin peranti digital seperti televisyen, komputer riba, pc, telefon pintar, tablet dan alat gadget lain. Lampu biru ini awalnya diciptakan sebagai cahaya buatan untuk menerangi peralatan yang kita gunakan.

Selain itu, cahaya matahari juga cahaya biru dan itulah yang membuatkan kita terjaga siang hari dan tidur pada waktu malam.

Seperti cahaya matahari yang mempunyai manfaat untuk kita dan bahaya juga, tentu cahaya biru pada alat ini mempunyai perkara yang sama.

KESAN BLUE LIGHT PADA MATA

Bila ingat balik, berapa banyak dah blue light ini dah terpancar dekat mata anak-anak kita. Bila baca kesan blue light ni pada mata, umi rasa sedih sebab tak dapat nak lindungi mata anak-anak ni dari kesan blue light bila dia menggunakan handphone atau pc. Apa kesan blue light ni pada mata?

  • Bahaya dari sinar  biru ini sangat berbahaya apabila kita berlebihan terkena pancarannya
  • Jika kita terkena pancarannya pada malam hari, akibatnya kita menjadi sukar untuk tidur dan akan menjejaskan kesihatan kita.
  • Walaupun sinar biru ini memiliki manfaat tentu kita juga perlu sedar akan bahanya untuk mata kita.
  • Sebaiknya atur waktu penggunaan gadget agar tidak terjadi apa-apa yang menyebabkan kesihatan khususnya mata kita.

Masih belum terlambat untuk umi lindungi mata anak-anak dengan SaferOptics anti blue light ni.

CERMIN MATA ANTI BLUE LIGHT DARI SAFEROPTICS

Masa membaca semula tentang tips mesti ibubapa ikut bila benarkan anak bermain dengan gadget, terus rasa nak cari cara bagaimana nak lindungi mata anak dari blue light. Terkeluar lah info tentang SaferOptics ni yang mampu melindungi mata anak-anak dari blue light.

Risaulah kan bila cerita pasal mata ni. Mata ni kira perkara yang penting jugak kita jaga sebab kita akan gunakan mata kita ni seumur hidup. Kalau dari kecil mata dah didedahkan dengan blue light ni, makin lama makin rosaklah.

Safer Optics Pink Transparent Glasses - Cermin mata blue light kanak-kanak

Umi memilih Safer Optics ni sebab ia boleh bantu menyekat blue light terus memasuki mata anak-anak. Dari ujian yang umi dah cuba buat ke atas Test Area card ni, dah terbukti blue light tu memang wujud dan jika tiada perlindungan pada mata, tentunya ia akan merosakkan mata dengan lebih teruk lagi.

Ujian untuk menyekat cahaya UV blue light

Nampak tak betapa mudahnya blue light tu nak tembus ke mata anak-anak kita.So, bila ada protection seperti cermin mata Safer Optics ni, takdelah kan mata anak jadi rosak.

Tengok video di bawah ni perbezaan menggunakan cermin mata dari optics dengan tidak menggunakan cermin mata. Korang boleh lihat macam mana blue light menembusi mata anak-anak kita apabila mereka menonton gadget.

Umi pun senang hati bila anak tidak terdedah dengan lampu biru ni. Sebab tulah umi memilih Cermin mata Safer Optics ni untuk lindungi mata Auni dan Awfiyah dari blue light. Cermin mata Safer Optics ni anti blue light yang mana bagus penggunannya pada anak-anak kita.

Cermin mata kanak-kanak warna pink SaferOptics

Walaupun belum cukup untuk umi hadkan penggunaan gadget dalam sehari, kerisauan tetap ada. Yelah, nampak macam sekejap je bagi mereka ni pegang phone, tapi mungkin dalam masa sekejap tu dah banyak gaknya blue light masuk dalam mata anak kan?

Cermin mata blue light untuk budak perempuan SaferOptics

Si adik suka tengok handphone dan si kakak suka tengok latpop. Kedua-duanya juga memerlukan lindungan anti blue light supaya mata anak-anak umi ni terlindung dari cahaya blue light tu.

Rasa dah ngam betul pemilihan Cermin mata Safer Optics ni untuk mereka.Bila tengok ciri-ciri yang ada pada cermin mata ni, memang semuanya memenuhi kriteria yang umi cari.

Ciri-ciri Lensa Cahaya Anti Biru UV420

  • Lapisan biru anti-reflektif.
  • 100% perlindungan UV.
  • Perlindungan cahaya tinggi tenaga boleh dilihat (HEVL) hingga panjang gelombang 420 nm.
  • Sifat lensa penyekat biru terkini tanpa warna / warna kekuningan.
  • Permukaan yang Mudah Dibersihkan – Super-hidrofobik.
  • Menyekat cahaya biru berbahaya dari paparan skrin yang berpanjangan

Lensa anti Blue Light dari  SaferOptics membantu melindungi mata anak-anak dengan menyekat dan menyaring cahaya biru berbahaya ini. Teknologi Blue Cut UV 420 direka khusus untuk menghalang sinaran tenaga yang lebih tinggi di samping mengekalkan kejelasan kanta. Kurang cahaya mata, tabiat tidur yang lebih baik dan mencegah masalah berkaitan mata.

CIRI-CIRI YANG ADA PADA CERMIN MATA SAFER OPTICS

420 Lensa Lapisan Biru (Generasi Terkini)

Semua cermin mata SaferOptics dilengkapi dengan sepasang kanta cahaya anti-biru 420 Blue Cut asas tanpa kuasa. Ciri-ciri lensa: Lapisan biru anti-reflektif, perlindungan cahaya UV dan Tenaga Tinggi (HEVL) hingga panjang gelombang 420 nm, sifat lensa penyekat biru terkini tanpa  warna / warna kekuningan. Lensa 420 Blue Coat kami dilengkapi dengan jaminan 1 tahun terhadap kecacatan pembuatan.

Keselamatan PC 420

Ciri-ciri lapisan premium Blue Cut 420 yang sama, dibuat dengan bahan lensa keselamatan Anti-Break, Shatter-Proof dan Unbreakable. FDA diperakui untuk Ketahanan Kesan Tinggi. Pilihan lensa keselamatan utama untuk melindungi mata bagi anak-anak yang aktif (bahkan kanak-kanak besar).

Umi dah pun mencuba buat perbezaan antara menggunakan cermin mata safe optics dengan tidak untuk melihat keberkesanan menggunakannya.

Memang ternyata selamat menggunakan cermin mata ni.

So, umi belikan sorang satu cermin mata untuk Auni dan Awfiyah.Untuk awfiyah dia memilih Kids Oval Cherry Blossom manakala Auni memilih Kids Square Cotton Candy. Memang cantik tau warna cermin mata ni.

PENGALAMAN UMI MEMBELI CERMIN MATA DI WEBSITE SAFER OPTICS

Umi suka betul dengan rekabentuk website yang mesra pelanggan ni. Kalau korang ada perkara yang korang kurang faham boleh tanya customer service mereka. Cepat mereka reply tau.

Cermin Mata Anti Blue Light untuk Anak ni korang boleh dapatkan di website mereka dengan setiap pembelian RM100 ke atas percuma penghantaran seluruh Negeri. Best kan..

Hah..Tunggu apa lagi, jom belikan satu untuk anak korang hari ini.

 

---

Review by Siti Rohaida Yusof. Original Post: http://kisahsidairy.com/safer-optics-cermin-mata-anti-blue-light/

Share this post:

Older Post Newer Post

Translation missing: en.general.search.loading