Free Shipping in Malaysia for order RM120.

Cart

Your cart is currently empty.

Goodbye Blue Light ! Sayangi Mata Anak Dengan Cermin Mata dari Safer Optics

Assalamualaikum

Sekarang ni anak-anak memang 'terpaksa' menggunakan gadget seperti komputer, laptop, iPad, Tab dan juga telefon pintar untuk meneruskan sesi pembelajaran secara online semasa tempoh PKPB berlangsung. Sebelum ni kita mungkin boleh kawal pengunaan anak-anak terhadap gadget. Tapi bila dah mula pembelajaran online ni tempoh pengunaan gadget untuk anak-anak mungkin lebih dari biasa. Secara tak langsung anak-anak juga akan terdedah dengan 'blue light' atau cahaya biru yang akan menyebabkan mata letih dan berair, sakit kepala, penglihatan kabur, mata merah kerana terlalu kerap menggosok. Lebih teruk lagi, pendedahan cahaya biru dalam jangkamasa yang panjang juga akan menyebabkan kerosakan retina pada sel yang sensitif terhadap cahaya.

Setelah buat kajian sedikit tentang pendedahan cahaya biru atau 'blue light' ini, bimbang dengan kesan yang mungkin akan dihadapi oleh anak-anak, Marsha mula 'search' cermin mata untuk melindungi mata anak Marsha terutamanya Kakak Anith yang setiap hari kelas online tak pernah 'missed'. Mata Marsha pun mula rabun sebab banyak melihat skrin laptop dan juga telefon pintar. Sebagai guru dan juga blogger separuh masa, laptop dan telefon pintar menjadi teman seharian lebih-lebih lagi semasa PKPB berlangsung. Akhirnya Marsha terjumpa website Safer Optics dan membuat sedikit research juga dan akhirnya Marsha buat order untuk 2 pasang cermin mata. Satu untuk Kakak Anith untuk dia guna semasa kelas online dan satu untuk Marsha guna untuk kelas dan juga buat artikel di laptop. Jom baca lanjut Goodbye Blue Light ! | Sayangi Mata Anak-Anak Dengan Cermin Mata dari Safer Optics

Ada beberapa brand yang Marsha buat research tentang cermin mata anti blue light ini dan Marsha tertarik dengan Safer Optics. Bila tengok fokus utama SaferOptics untuk melindungi mata dari kesan 'blue light' dan juga material yang digunakan serta review dari pelanggan SaferOptics sendiri, Marsha terpanggil untuk mencuba cermin mata anti blue light di SaferOptics ini. Premium Optical Grade, Safety and Quality Guarantee yang ditawarkan oleh SaferOptics juga faktor Marsha memilih SaferOptics.

Paling menarik, ianya mengutamakan lensa 420 premium merupakan pilihan terbaik untuk melindungi mata dari pancaran 'blue light' dan juga pengunaan anak-anak yang membuatkan Marsha tertarik untuk mencuba. Koleksi yang ada pun pelbagai dan kita boleh pilih yang mana kita suka.

Pengalaman Membeli-belah di Website SaferOptics

Pengalaman Marsha membuat pembelian di website SaferOptics sangat mudah dan mesra. Website sangat lancar dan sangat ceria. Suka belek-belek website SaferOptics dengan warna-warna cermin mata yang ceria. Pembayaran juga dapat dilakukan dengan lancar. Pembayaran yang Marsha buat adalah secara online banking dan sangat mesra pelanggan.

Ok jomlah kita tengok pula cermin mata pilihan Marsha untuk Kakak Anith dan juga untuk kegunaan sendiri :

Pilihan Cermin Mata Kanak-kanak

Tengoklah untuk kids eyewear pun ada beberapa jenis yang kita boleh pilih. Marsha pilih untuk Kakak Anith saiz 7-15 tahun memandangakan Kakak Anith 12 tahun dan pilihan bentuk ialah berbentuk oval dan warna violet dew.

Marsha juga pilih lensa khas 420 Premium Cut untuk cermin mata Kakak Anith sebab memang target untuk melindungi mata dari blue light. Untuk pengetahuan korang, Lensa cahaya biru SaferOptics membantu melindungi mata kita dengan menyekat dan menyaring cahaya biru berbahaya ini. Teknologi UV Blue 420 Premium Cut SaferOptics direka khusus untuk menyekat sinar tenaga yang lebih tinggi sambil mengekalkan kejelasan lensa. Kurang pandangan mata, tabiat tidur yang lebih baik dan mencegah masalah berkaitan mata.

Pilihan Cermin Mata Dewasa

Kalau korang nak tahu, cermin mata anti blue light untuk dewasa ni adalah produk terbaru dari SaferOptics. Dah alang-alang belikan Kakak Anith, apa salahnya Marsha pun tumpang sekaki kan?..hihi. Marsha memang cari dah lama untuk Marsha pakai semasa kelas online dan juga mngarang artikel blog.

Untuk pilihan Marsha, disebabkan tak pernah ada lagi cermin mata bentuk K-POP, jadi Marsha cuba order design K-Trend ( Korean Trend) ..hihi. Bergaya la kan sesambil..hihi. Untuk cermin mata Marsha, Marsha juga pilih lensa 420 premium cut yang sama dengan Kakak Anith cumanya beza yang Marsha punya Marsha request tambah 'power' lensa sebab Marsha agak rabun.

Sampai Cepat Dengan Pakaging yang Selamat

Order pun laju je sampai pembayaran. Servis penghantaran juga pantas. Terkejut tetiba dah sampai. Ingatkan delivery tak lah secepat ni sebab tengah PKPB kan. Tapi memang happy sebab sampai cepat dan boleh guna terus.

Bila tengok pakaging luaran yang comel warna biru dan terus Marsha unboxing. Bahagian dalam pakaging ada letak 'bubble wrap' untuk melindungi cermin mata dari rosak walaupun cermin mata berada dalam casing masing-masing. Pakaging memang Marsha bagi 5 BINTANG!

Marsha sangat puas hati dengan servis SaferOptics ni. Memang berbaloi dengan apa yang kita laburkan dengan servis yang terbaik.



Credit: https://www.marshaliza.com/2020/12/Goodbye-Blue-Light-Sayangi-Mata-Anak-Anak-Dengan-Cermin-Mata-dari-SaferOptics.html

Share this post:

Older Post

Translation missing: en.general.search.loading