Free Shipping in Malaysia for order RM120.

Cart

Your cart is currently empty.

Jom Lindungi Mata Anak dengan Cermin Mata Anti Blue Light

Cermin Mata Anti Blue Light | Anak suka main gadget? Jika ya, ini memang dilema yang normal dialami oleh ibu bapa zaman sekarang termasuklah ciktom. Walaupun kekadang kita sedaya upaya bagi had waktu untuk mereka bermain gadget seperti smartphone, televisyen, laptop dan sebagainya. Tapi dalam tak sedar arus permodenan ini menyebabkan anak-anak memang tidak dapat lari dari menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Cermin Mata Anti Blue Light

Lagi-lagi tengok sahajalah sejak pelaksanaan PKP pada bulan Mac yang lepas, sistem pembelajaran secara e-learning telah giat dilaksanakan dari tadika, sekolah sehinggalah ke universiti. Jadi anak-anak memang terpaksa menggunakan smartphone atau laptop untuk mengakses dan menyalin segala latihan yang diberikan oleh guru secara online.

Sebagai ibu sudah semestinya ciktom risau akan kesan buruk jika anak- anak terdedah dengan skrin smartphone yang lama setiap hari. Kemudian terdetik di minda ciktom agaknya ada ke cermin mata anti blue light untuk kanak- kanak? Sebabnya ciktom memang pengguna cermin mata anti blue light dengan power sejak 2 tahun lepas.

Kids Round anti blue light glasses in pink bubble gum

Sebelum ciktom cerita lanjut pasal cermin mata anti blue light. Rasanya lebih baik ciktom terangkan dahulu apa maksud blue light? dan apa pula keburukan blue light kepada mata manusia?

Apa itu blue light?

Blue light wujud pada cahaya dari skrin digital yang kita lihat dan juga pada cahaya matahari. Apabila saintis mengkaji, cahaya matahari (sumber semulajadi) sebenarnya memiliki gabungan warna yang banyak iaitu merah, jingga, kuning, hijau, dan juga biru (blue light). Gabungan inilah yang mencipta cahaya yang cerah.

High energy visible light 400nm - 420 nm wavelengths harmful to eyes

Namun, cahaya cerah yang terpancar dari skrin smartphone atau gadget lain mempunyai kadar blue light yang lebih tinggi. Blue Light ini mempunyai tenaga yang lebih kuat dari siri warna yang lain. Kesannya, ia boleh masuk ke dalam mata kita dengan mudah.

Keburukan blue light

Keburukkan blue light ini boleh merosakkan sel-sel dalam mata kita yang sensitif pada cahaya. Malahan boleh meningkatkan risiko untuk mendapat satu keadaan yang digelar ‘Macula Digenaration’. Ia satu kerosakan yang tiada cara untuk merawatnya.

Mata juga terpaksa bekerja lebih kuat ketika melihat skrin smartphone, TV dan gadget yang lain. Mata akan lebih cepat terasa penat dan mengganggu daya tumpuan anak- anak untuk belajar. Kesan buruk lain ialah blue light ini antaranya boleh menganggu patern anak tidur.

Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Oleh sebab itu, ciktom ambil keputusan untuk melindungi mata anak tersayang dari blue light dengan membelikan cermin mata anti blue light yang sesuai untuk kanak-kanak. Ini bagi memastikan mata anak ciktom terlindung dari kesan buruk atau kerosakan mata untuk jangka panjang.

Yelah mata ni pakai lama kot. Bukannya rosak boleh tukar-tukar mata sesuka hati. Jadi baik ciktom ambil pencegahan mata anak dari sekarang. Oleh sebab PKP dan terhad untuk keluar dengan ciktom ada baby. Ciktom hanya survey secara online di beberapa buah website dan facebook.

Hasil dari survey beberapa minggu juga untuk buat keputusan terbaik ciktom pilih SaferOptics sebagai jenama cermin mata anti blue light untuk anak tersayang.

Children blue light glasses in cute blue yellow by SaferOptics

Kenapa Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics Menjadi Pilihan Ciktom?

1 – Saiz cermin mata kecil sesuai untuk anak sekolah

Koleksi cermin mata SaferOptics ini memang pelbagai saiz dan sesuai untuk anak dari lingkungan umur 3 hingga 12 tahun. Yang bagus setiap satu saiz ini memang ada perincian panduan dan ukuran seperti dibawah.

Jadi ciktom boleh pilih saiz yang bersesuai dengan muka anak ciktom yang agak kecil. Tapi kalau korang confuse nak pilih bentuk bingkai mana, boleh je tanyakan terus pada customer support SaferOptics. Mereka sedia membantu.

SaferOptics size measurements easy guide

2 – Cermin mata anti Blue-Light coating

Cermin mata anti blue light coating SaferOptics yang dapat memantulkan cahaya biru yang bahaya dari masuk ke dalam mata anak. Terdapat dalam 2 pilihan sama ada korang nak cermin tiada power atau sekiranya nak tambah power, staff SaferOptics boleh bantu guide bagaimana caranya.

3 – Bahan yang berkualiti dan selamat

Jaminan dari SaferOptics bahawa bahan untuk membuat cermin dan bingkai ialah selamat untuk kanak-kanak, produk asli dengan berkualiti tinggi. Bingkai diperbuat daripada bahan silikon lembut, ianya sangat fleksibel dan sesuai dan selesa dipakai oleh kanak-kanak.

Bahagian nosepad pada bingkai juga curve, lembut dan selesa untuk dipakai.

SaferOptics colourful eyewear for kids

4 – Bingkai cermin mata flexible/ anti patah

Ini pun antara ciri yang ciktom titikberatkan iaitu bingkai cermin mata dari SaferOptics jenis mudah lentur (elastic), anti patah dan tahan lasak sesuai untuk anak-anak ciktom yang aktif. Ini hasil dari pengalaman ciktom sebelum ini dah 2 kali bertukar frame bila mana frame mata ciktom patah bila terpijak atau kena tarik dengan si kecik.

Flexible eyewear glasses for children with blue light protection

Lepas dari tu ciktom serik dan bertukar kepada bingkai jenis flexible. Alhamdulillah memang pelaburan berbaloi sampai sekarang tahan lasak. Oleh sebab itu untuk cermin mata anak ini pun ciktom memang mencari bingkai jenis flexible juga.

5 -Pelbagai bentuk dan warna yang menarik

Haa yang ni serius ciktom memang rambang mata tengok pelbagai bentuk dan kombinasi menarik bingkai cermin mata SaferOptics ni. Antara pilihan bentuk cermin mata yang ada ialah square, rectangle, oval, round dan flex.

SaferOptics logo colourful eyewear collection for kids - Play, Protect, Prevent

Korang kena ukur lebar wajah anak korang untuk lihat apakah bingkai sesuai. Sekiranya korang memerlukan bantuan mengenai saiz, boleh je rujuk pada Customer Support SaferOptics.

6 -Customer support yang peramah membantu

Dah beberapa kali ciktom cakap pasal Customer Support dari SaferOptics ni kan? Yee, sebab bila korang beli online dan tak nampak depan mata. Jadi akan timbul perasaan was-was dan nak tanya siapa kan? Yang paling istimewanya SaferOptics berbanding website jualan lain ialah korang boleh chat directly dengan Customer Support tau!

Online customer support with live chat

Korang boleh tanya apa je keraguan korang, nak tanya saiz sesuai untuk anak, nak tanya beza lens (cermin) dan sebagainya. Nak tanya klik je “Chat with us!” pada hujung bawah kanan website.

7 – Interface website yang mobile friendly

Ciktom suka interface website SaferOptics ini yang bukan je senang nak tengok dari laptop malahan dari smartphone. Ciktom order guna smartphone je. Malas nak buka laptop kecuali menaip blog. Sistem untuk pembelian pun mudah dengan pilih bingkai, cermin, masuk cart, isi maklumat pos dan pembayaran.

Kaedah pembayaran boleh pilih samaada secara online banking dan juga manual iaitu deposit bank. Ikut keselesaan masing-masing.

Pilihan Cermin Mata Anak Ciktom

Oleh sebab anak-anak kan dah pandai dan ada taste masing- masing. Ciktom bagi dorang pilih warna pilihan je. Kenapa tak bagi anak pilih bingkai sendiri? Hasil dari guide Customer Support SaferOptics, bentuk muka anak ciktom yang kecil lebih sesuai bentuk bingkai bulat (round).

Ciktom beli 2 cermin mata anti blue light, satu tu ciktom upgrade kepada premium lens dan kedua basic lens. Ciktom nak tengok apa beza keduanya.

  • Kids round – blue hero (premium lens)
  • Kids round – bubble gum (basic lens)

Kids Round blue hero and bubble gum

Anak-anak sangat gembira bila terima cermin mata yang diidamkan. Setiap hari duk tanya bila cermin mata nak sampai? hehe.. Lagi happy bila dorang tengok packaging parcel bentuk dinosaur yang comel sangat. Siap request nak simpan plastik tu. hihi..

Alhamdulillah proses penghantaran memang pantas dari pihak SaferOptics dan barangan sampai dengan selamat. Cermin mata diletakkan di dalam casing khas berserta dengan kain pengelap cermin. Memang nampak ekslusif sangat. Bukan main seronok budak-budak bila buka tu cakap eh ada bekas sama macam spek mata ibu.

SaferOptics surprise box with gifts

Ciktom puji packaging dari SaferOptics sebab dua2 casing itu dibalut dengan bubble wrap dan kemudian dimasukkan pula ke dalam kotak lain. Kira triple protection dan memang langsung takde calar atau kemek barang dapat. Alhamdulillah syukur.

Lagi rezeki ciktom dapat freegift travel wipes. Katanya terhad untuk 200 pelanggan sahaja. So, kalau korang suka freegift cepat-cepat grab sekiranya masih ada peluang. hehe..

Perbezaan Lenses Basic Blue Coat dan Premium 420 Blue Coat

Difference between basic and premium blue coat lenses

Okay ni perbezaan yang dari website SaferOptics, hasil permerhatian ciktom hampir 2 minggu anak guna cermin mata ini ialah cermin basic blue coat berwarna agak kekuningan manakala cermin premium blue coat berwarna lebih cerah. Malahan yang cermin premium permukaan lebih smooth, jika berkabus atau ada cap jari anak lebih mudah nak lap. Ini kerana yang premium lenses tu jenis water repellent.

Hasil dari perbezaan ini, bagi ciktom lebih berbaloi kalau korang beli yang cermin premium untuk anak-anak. Faham-faham jelah budak jari tu tak duk diam. haha.. Jadi lagi bagus dapatkan yang premium biar puas hati gitu.

Perubahan Anak Selepas Pakai Cermin Mata SaferOptics

Anak memang seronok dapat cermin mata baru. Hari-hari sebelum tengok televisyen atau smartphone akan minta pakai cermin mata dulu. Awal-awal tu kena remind jugalah. Sekarang dah jadi habit dah.

SaferOptics protect kids eyes during screen time

Yang ciktom perasan anak dah kurang gosok2 mata. Sebelum ni kalau lama tengok skrin gadget dia akan gosok mata sampai merah. Sebab dulu mata anak mudah rasa pedih dan kering.

Anak lebih mudah nak suruh tidur bila sampai masanya tanpa perlu paksa mereka tidur. Kalau dulu sampai nangis2 tak nak tidur, nak tengok phone lagi.

Nak bergambar biasa pun minta posing dengan cermin. Yelah cermin ni kan comel je. Boleh buat bergaya juga sambil lindungi mata anak.

Kids fashion cute round glasses

Video Ringkas Cermin Mata Anti Blue Light Kanak-Kanak SaferOptics

Jom lindungi mata anak tersayang dengan cermin mata anti blue light SaferOptics

Biasa dengar pepatah kan “Sediakan payung sebelum hujan” sama sahaja konsep sekarang ni sebaiknya kita jaga mata anak sebelum rosak. Nak halang guna gadget terus memang susah dengan keperluan sekarang memang penting juga gadget untuk pembelajaran anak-anak.

SaferOptics protects kids from blue light in mobile smart phone ipad

Lagi best ciktom beli dapat penghantaran percuma bagi pembelian RM100 ke atas dan juga ada diskaun untuk pembelian pertama tau. Jangan lepaskan peluang. Semoga bermanfaat perkongsian ciktom panjang lebar kali ini. Nak jadi ibu prihatin? Semua terletak di tangan anda!

Nak tengok lebih banyak katalog dan harga untuk cermin mata anti blue light ini boleh klik Cermin Mata SaferOptics.

 

Full review by Ciktom.com at: https://www.ciktom.com/cermin-mata-anti-blue-light/


Shop Kids Eyewear

Shop Adults Eyewear

Share this post:

Older Post Newer Post

Translation missing: en.general.search.loading