Free Shipping in Malaysia for order RM120

Cart

Your cart is currently empty.

Safer Optics Anti-Blue Light Eyewear Untuk Anak-Anak Yang Suka Gajet

Kalau pergi klinik ke atau mana-mana tempat diluar, mesti TB perasan ramai sangat anak-anak yang leka dengan gajet, sememangnya zaman sekarang ni dah jadi kebiasaannya anak-anak bermain dengan gajet untuk memenuhi masa lapang mahupun ketika berada diluar.

Ada kebaikan disebalik gajet ni namun keburukan pun ada juga yea.. salah satu kebaikannya.. anak-anak dari tidak tahu apa-apa boleh menjadi bijak dan pandai. contohnya belajar mengenal huruf di internet, belajar cara mengeja di Youtube, semuanya boleh buat anak-anak bijak dari awal.. Namun kena juga pandang dari sudut keburukannya..

Kalau anak terlalu aktif sangat dengan gajet dan berada terlalu lama didepan screen handphone atau gajet, anak-anak pasti akan mengalami masalah mata kering, kepeningan dan paling dirisaukan mata rosak sebab terdedah dengan sinaran dari screen gajet itu sendiri..

Ada juga budak yang selalu bermain dengan gajet ni mengalami masalah susah nak tidur, mata mengantuk tetapi susah nak lelap mata... ini juga salah satu gejala dan petanda kanak-kanak itu terlalu terdedah dengan gajet begitu lama..

So, TB cuba elakkan anak-anak TB dari bermain dengan gajet / handphone .. Namun .. iyelah.. masa baby boleh lah kita nak aturkan dan elakkan.. Tapi bila dah semakin besar kadang tak terkawal juga..

Macam Harraz ni, baru-baru ni TB ada beli toys brick game yang juga mempunyai screen berwarna yang seakan-akan handphone tu.. So, TB risau harraz terlalu terdedah lama dengan brick game tu.. so TB control time dia bermain gajet. Kalau ikutkan TB memang tak bagi dia bermain gajet/handphone walaupun untuk lihat video for education learning.. sebab TB risaukan cahaya pada handphone tu boleh membahayakan mata.. Yelah... pastinya mana-mana ibu bapa pun taknak anak menghadapi masalah mata / rabun pada usia yang awal gini kan.. even dah dewasa pun kalau boleh kita nak anak-anak bebas bercermin mata..

Oh ya.. cakap pasal cermin mata ni, TB nak share tentang satu produk dari SaferOptics yang sangat bagus untuk parent adakan untuk anak-anak mereka yang gemar bermain gajet.

Safer Optics Pool Party kids anti blue light

Haa.. yang ni lah TB nak cerita dalam entri kali ni..

Cermin mata kanak-kanak dari Safer Optics Bukanlah maksud TB kalau ada cermin mata ni korang boleh bagi anak tu bermain 24 jam dengan gajet yea.. kena had kan juga waktu untuk main gajet tu.. macam TB, TB dah tetapkan harraz boleh tengok TV pada jam sekian-sekian je.. pastu main gajet pulak.. sekian-sekian waktunya.. so, barulah kita tak terlalu bagi anak over exposed dengan gajet yang lebih banyak negatif dari positif tu kan.. Sedangakn kita sendiri pun banyak terdedah dengan gajet inikan pula anak-anak yang mempunyai naluri ingin tahun dan ingin explore lebih.. Nak buat macam mana kan, teknologi masa kini memerlukan kita selalu menggunakan peranti digital/ gajet. sp, pandai-pandailah handle yea.. =)

Safer Optics? Jom kenali Apa itu Safer Optics

Apa itu Safer Optics yea? Haa.. bagi yang belum tahu tu.. Safer Optics ni ialah pengeluar Cermin mata yang boleh sekat cahaya sinar biru berbahaya dari skrin dan peranti digital. Jom baca lagi info tentang SaferOptics Eyewear ni.. Safer Optics adalah yang pertama di Malaysia dengan kanta keselamatan cahaya biru.

Safer Optics 

SaferOptics melindungi mata dari paparan cahaya sinar biru yang dipancarkan dalam jumlah yang banyak dari skrin paparan pelbagai alat teknologi moden seperti komputer, komputer riba, tablet, dan telefon bimbit.

Lensa SaferOptics UV 420 menyekat Cahaya Biru Tenaga Tinggi yang berbahaya antara panjang gelombang 380 hingga 445nm - bukan sahaja mengurangkan penyerakan cahaya dan meningkatkan kontras, tetapi juga meningkatkan keselesaan dan mengurangkan ketegangan mata digital.

Terlalu banyak cahaya biru pada waktu malam mengganggu kitaran bangun tidur anak-anak, menyebabkan kesukaran untuk tidur dan keletihan pada waktu siang. Perlindungan cahaya biru SaferOptics mendorong tidur yang lebih sihat dan berkualiti pada kanak-kanak.

Apa itu Cahaya Biru / Blue Light ?

Cahaya biru dipancarkan pada jumlah yang banyak dari skrin digital. Cahaya Terlihat Tenaga Tinggi ini (antara panjang gelombang 400-420 nm) melewati kornea dan sampai ke retina. Pendedahan cahaya biru yang terlalu banyak boleh merosakkan sel sensitif cahaya di retina. Selain itu juga Cahaya biru dari peranti digital mengurangkan kontras, menyebabkan ketegangan mata, keletihan, mata kering, penglihatan kabur dan sakit kepala.

Lensa cahaya biru SaferOptics membantu melindungi mata kita dengan menyekat dan menyaring cahaya biru berbahaya ini. Teknologi UV 420 Premium Blue Cut direka khas untuk menyekat sinar tenaga yang lebih tinggi sambil mengekalkan kejelasan lensa. Mengurangkan masalah mata kering, meningkatkan tabiat tidur yang baik dan mencegah masalah berkaitan mata.

Setelah TB dah lihat Harraz guna Cermin mata SaferOptics ni selama sebulan, TB dapat merasakan yang Safer Optics ni memang bagus kerana ia :

  1. Membantu melindungi mata daripada ketegangan akibat penggunaan gajet dalam tempoh yang lama
  2. Membantu kurangkan kekeringan mata
  3. Mempunyai penghalang UV + coating untuk sinar biru
  4. Bingkai fleksibel dan ringan - tidak mudah rosak kalau terpijak dan sebagainya
  5. Banyak pilihan warna dan bentuk yang menarik dan ceria
  6. Selamat untuk kanak-kanak 
  7. Kanta tanpa preskripsi

Dan paling best, ia ada waranti selama 1 tahun.

Ada 2 pilihan variasi kanta yang ditawarkan iaitu Basic Blue Coat dan 420 PC Safety dengan tambahan RM30. Setelah buat pilihan yang mana Harraz suka, terus masuk chart dan checkout. Dan suka juga TB nak bagi tahu yang Pembelian RM120 ke atas di website Safer Optics secara automatik dapat penghantaran percuma. Yeahh jimat lagi!

Dah order tu tunggu lah barang sampai yea.. Harraz pun tak sabar nak tengok cermin mata dia tu..

Tadaaa.. dah sampai.. dan harraz memang excited sangat nak buka sebab tengok plastik bercorak Dinosaur kegemaran dia ni.. comel kan!

Setelah dibuka plastiknya.. inilah dia barang-barang yang ada didalam plastik parcel tu.. comel-comel belaka kan! sukanya Harraz masa buka parcel ni..

Yang Harraz punya ni TB belikan kaler Biru sebab Harraz yang pilih sendiri.. hehehe.. sejak akhir-akhirnya semua barang yang TB nak belikan untuk dia, bila ditanya nak warna apa, Harraz akan pilih Biru.. Bila tunjuk warna lain dia tetap bertegas nak biru jugak.. hehehe.. saja TB menyakat dia, tunjuk warna PINK terus harraz cakap.. Pink adik punyalah! hahahaha.. adoi.. Asal pink je adik punya kan!

Oh ya.. kalau ada yang berminat nak dapatkan serupa macam Harraz pakai ni.. boleh la klik link kat bawah ni yea.. tak payah susah-susah cari dah..

KIDS OVAL - POOL PARTY

Ciri-ciri design yang TB suka tentang Kids Oval - Pool Party ni ialah sebab ia ada bentuk yang bukan bulat dan bukan petak.. tapi Oval.. dia ada bentuk trendy gitu.. ada style .. nak pulak kaler biru nya yang menyerlahkan lagi si pemakainya.. so tak lah nampak macam old school sangat kan.. hemm.. mula-mula terfikir jugak ok ke warna biru ni? tapi dah Harraz nak yang tu jugak.. terpaksa lah ambil yang tu.. Bila dah sampai cermin matanya, harraz pakai nampak smart pulak.. so.. ok lah.. berbaloi lah.. heheheh..

Oh ya.. selain warna yang Harraz pakai ni.. ada lagi warna lain yang menarik untuk korang pilih agar bersesuaian untuk anak-anak korang.. hehehe.. kadang anak-anak pun pandai dah memilih kan.. so, jangan risau.. banyak pilihan di Safer Optics ni.. dari segi saiz, design, warna.. haaa.. sila la pilih yea..

Haaaa.. apa lagi korang.. taknak belikan untuk anak-anak korang ke.. bagus ni untuk mata diorang.. apa-apa pun jom daftar dulu sebab kalau korang daftar nanti korang akan dapat 10% Promo Code untuk pembelian korang nanti.. jimat dah kat situ kan!

Apa-apa pun, kalau korang berminat nak belikan cermin mata Safer Optics untuk anak-anak ataupun kini boleh beli untuk diri snediri juga, bolehlah buat pesanan di website Safer Optics ni yea.. Beli lebih dari satu untung sikitkan.. hehehe..

 

Review by Tengkubutang: https://www.tengkubutang.com/2020/10/safer-optics-anti-blue-light-eyewear.html

Share this post:

Older Post

translation missing: ms.general.search.loading