Free Shipping in Malaysia for order RM120.

Cart

Your cart is currently empty.

SaferOptics Anti Blue Light Glasses Melindungi Mata Anak Anda

Dalam dunia serba moden hari ini, boleh dikatakan semua orang mempunyai dan menggunakan telefon pintar.  Penggunaan telefon ini tidak terhad kepada kepada golongan dewasa sahaja malahan kanak kanak juga. Dari orang tua, orang muda, anak anak sekolah menengah, sekolah rendah memang kebanyakan dari mereka menggunakan telefon pintar samaada untuk kerja, kerja sekolah ataupun main game. Tanpa telefon kat tangan macam tak sah. Rasa serba tak kena kan? Al maklumlah sekarang ni banyak maklumat penting kat telefon.

Ibubapa zaman sekarang ramai yang membelikan telefon pintar untuk kegunaan anak anak mereka. Tapi tahukah anda sebagai ibubapa, penggunaan telefon pintar boleh merosakkan mata anak anda? Ya! Penggunaan telefon pintar tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan pada mata anak anda.

Tahukah Anda Sinar Biru Berlebihan Boleh Merosakkan Penglihatan Anak Anak

Tahukah anda peranti digital seperti telefon pintar, komputer, komputer riba, televisyen LED, LCD tablet, LED dan pelbagai lagi peranti digital, sebenarnya menghasilkan sinar biru. Pendedahan sinar biru yang terlalu banyak boleh merosakkan sel sensitif cahaya di retina. Sinar biru dari peranti digital mengurangkan kontras, menyebabkan ketegangan mata, keletihan, mata kering, penglihatan kabur dan sakit kepala.

Peranti digital adalah penyumbang utama terhadap pendedahan sinar biru pada mata. Pendedahan sinar biru yang berlebihan boleh melemahkan penglihatan anak anak jika mereka terdedah pada gajet ini dalam tempoh yang lama.

 

SaferOptics Pilihan KakYa Untuk Cermin Mata Anti Sinar Biru 

Kebanyakan anak anak sekarang terdedah kepada telefon pintar,  iPad, laptop dan juga televisyen untuk pembelajaran dan pendidikan mereka. Banyak masa dihabiskan dengan peranti digital ini seiring meningkatnya usia mereka. Begitu juga dengan Akif. Sebab tu sebagai ibubapa prihatin, KakYa perlu menitik beratkan penjagaan mata Akif agar tidak berlaku kerosakan pada mata. Bagi mengelakkan kesan buruk berlaku pada mata anak, KakYa pilih cermin mata anti sinar biru dari SaferOptics untuk Akif.

SaferOptics menawarkan cermin mata anti sinar biru bagi mengatasi dan mengawal sinar biru akibat penggunaan peranti digital. Terdapat banyak pilihan rekabentuk dengan warna menarik yang boleh dipilih mengikut kesesuaian usia anak. SaferOptics turut menarik minat KakYa kerana produknya terdiri daripada 3 faktor utama yang KakYa cari iaitu gred optik yang menonjol, selamat untuk anak dan jaminan kualiti yang dipercayai.

SaferOptics Anti Blue Light Glasses Lindungi Mata Anak Anda Dari Sinar Biru

SaferOptics Anti Blue Light Glasses membantu dalam melindungi mata anak anda dengan menyekat dan menyaring sinar biru berbahaya. Oleh kerana KakYa baca banyak review positif mengenai SaferOptics, makanya KakYa belikan untuk Akif Kids Round Anti-Blue Light Glasses - Licorice + 420 Blue Coat melalui laman web SaferOptics. Ada dua pilihan yang boleh kita pilih untuk lensa, satu Basic Blue Coat dan satu lagi 420 Blue Coat. Kenapa KakYa pilih 420 Blue Coat? Boleh baca kat bawah.. 

 

Tadaaa!! Kids Round Anti-Blue Light Glasses - Licorice + 420 Blue Coat. Bukan setakat anak jer teruja, Umi dia pon teruja tengok. Cute sangat aihh takle bawak bincang cutenya.

Akif suka yang jenis bulat dan dia jugak suka yang satu warna jer. Jadi pilihan dia semestinya warna hitam. Warna feveret dia.

Ok untuk lensa cermin mata Akif, KakYa pilih 420 Blue Coat Lenses. Kenapa KakYa pilih 420 Blue Coat Lenses;

  • - Lapisan biru anti-reflektif
  • - Perlindungan cahaya UV dan Tenaga Tinggi (HEVL) hingga panjang gelombang 420 nm, sifat lensa penyekat biru terkini tanpa warna atau warna kekuningan.
  • - Lensa 420 Blue Coat  dilengkapi dengan jaminan 1 tahun terhadap kecacatan pembuatan.

 

Untuk lensa Basic Blue Coat korang boleh refer pada jadual kat atas.

Pengalaman KakYa Membeli Cermin Mata  Anti Blue Light Di SaferOptics.Com 

Masa mula mula KakYa order cermin mata ni untuk Akif, memang nampak keterujaan dia tu. Sibuk duk terjenguk jenguk kat website SaferOptics. Lepas satu satu dia intai cermin mata yang dia berkenan. Bagi KakYa pembelian cermin mata di SaferOptics sangat mudah dan KakYa lebih selesa membeli belah atas talian dengan bantuan khidmat pelanggan pihak SaferOptics.

SaferOptics berjaya memikat hati KakYa dengan produk menarik dan informasi  lengkap yang mudah difahami. Produk disusun atur dengan kemas dan cara pembayaran juga cukup mudah. Testimoni daripada pelanggan juga banyak membantu KakYa membuat pilihan tepat. Website SaferOptics juga mudah untuk diakses secara optimun.

Bantuan khidmat pelanggan juga cukup membantu dalam melancarkan pembelian. Waktu pembelian haritu KakYa perlukan saiz cermin mata yang sesuai untuk Akif, jadi KakYa terus chat dan mendapat jawapan dalam masa yang singkat. Sangat sangat membantu KakYa dalam membuat pilihan bingkai dan lensa yang sesuai.

Terima kasih SaferOptics untuk perjalanan pembelian produk yang cukup mudah dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan tambah tambah lagi dapat pula penghantaran percuma. Siapa tak teruja bila dapat free shipping kan? Dah boleh jimat duit kat situ.

Bukan KakYa jer teruja sebenarnya. Akif lagi teruja, hari hari duk tanya bila cermin mata nak sampai ni Umi? Balik sekolah jer tanya, bangun pagi jer tanya. Nampak benor keterujaan kat situ. Hinggalah hari cermin mata sampai kat rumah. Masa tu dia baru balik sekolah, nampak  jer plastik dino kat atas meja terus dia tanya cermin mata Akif ke ni?

Bila Umi angguk kepala, apalagi melompat la dia. Suka sangat cermin mata baru dah selamat sampai. Terus  dia cuba tang tu jugak. Helokk molek jer ngan bentuk muka dia. Bagi KakYa, sangat sangat berbaloi apa yang KakYa dapat dengan harga yang KakYa bayar. Pembungkusan cermin mata yang KakYa terima dalam keadaan baik.

Cermin mata disertakan sekali dengan kotak dan juga kain pengelap untuk kanta. Jadi takde la bimbang cermin mata rosak lepas guna kerana Akif akan masukkan semula kat dalam kotak kalau dah tak nak guna. Memang puas hati sangat dengan kualiti cermin mata anti sinar biru dari SaferOptics. Memang tak rugi KakYa beli untuk Akif.  Akif suka, KakYa lagi la suka.

Bagaimana SaferOptics Anti Blue Light Glasses Berfungsi 

Hasil yang KakYa dapat lepas buat ujian blue light test. 

Masa beli cermin mata ni, KakYa ada dapat sekali kad blue light test untuk test bagaimana cermin mata anti sinar biru berfungsi. Setelah berjaya buat ujian inilah hasilnya. Rujuk gambar kat atas. 

Selama ni tak terfikir tanpa cermin mata anti sinar biru ni anak KakYa terdedah teruk dengan sinar biru yang berpanjangan dari telefon pintar dan skrin peranti digital. Pasni memang kena beringat tak bagi anak main phone tanpa pakai cermin mata anti sinar biru ni. 

Perlindungan Sinar Biru SaferOptics Membantu Tidur Malam Akif

Sejak menggunakan cermin mata anti sinar biru dari SaferOptics, apa yang KakYa perhatikan pada Akif, dia mudah tidur dan mudah bangun pagi. Sebelum ni, waktu tak gunakan cermin mata anti sinar biru dari SaferOptics bukan setakat susah nak tidur malah susah nak bangun tidur sebab malam kalau hari cuti dia biasa akan main game atau tonton saluran Youtube. Tahu jer la la bila dah main game, banyak masa dihabiskan mengadap game jer.

Mungkin juga terlalu banyak pendedahan sinar biru pada mata menyebabkan kitaran tidur dia terganggu. Satu lagi sebelum ni kalau lama sangat main game kat telefon, dia mudah sakit kepala. Sekarang dah takde mengadu sakit kepala lagi. Ok la kan, cermin mata anti sinar biru ni sangat sangat membantu KakYa menangani masalah sinar biru telefon pintar dari merosakkan mata Akif.

--

Special thanks for this review by Lya Akif Imtiyaz.

Share this post:

Older Post Newer Post

Translation missing: en.general.search.loading